Mohamed Salah

KAHERAH, MESIR – Thembinkosi Lorch muncul wira Afrika Selatan selepas golnya pada minit ke-85 berjaya tuan rumah Mesir pada aksi peringkat 16 terbaik Piala Negara-Negara Afrika awal pagi tadi.

Kemenangan 1-0 itu merupakan kejutan buat pelawat yang mengharungi tiga aksi longlai di peringkat kumpulan malah skuad kendalian Stuart Baxter akan menjadi mangsa mudah buat juara tujuh kali itu yang turut menurunkan bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Biarpun tuan rumah menguasai perlawanan, namun berpunca daripada serangan balas pantas, Lebo Mothiba melakukan hantaran bijak terhadap Lorch yang kemudian melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Mohamed Elshenawy.

Lawan Afrika Selatan di suku akhir ialah Nigeria yang menyingkirkan penyandang juara Cameroon di Alexandria pada perlawanan lebih awal.

Pada perlawanan itu, Salah yang baharu sembuhan daripada jangkitan selsema selsema jelas berjaya dirantai pertahanan Afrika Selatan yang tampak berdisiplin.

Dalam saingan kumoulan, Mesir melengkapkan 100 peratus kemenangan apabila meledak lima gol dan tidak melepaskan sebarang jaringan.

Jurulatih Mesir, Javier Aguirre membawa masuk pertahanan Mahmoud Alaa, pemain tengah Tarek Hamed dan penyerang Marwan Mohsen dengan Baher Elmohamady, Nabil Donga dan Ahmed Hassan diletakkan di bangku simpanan. – MalaysiaGazette