KUALA LUMPUR – Hari ini negara digemparkan dengan berita kematian seorang penduduk di Pasir Gudang yang dikatakan berpunca dari pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.

Mangsa, Marini Kasman, 38, penduduk Kampung Cahaya Masai, Pasir Gudang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HIS) akibat kekurangan oksigen dalam darah.

Berita kematian itu kemudian tular di media sosial dengan tajuk, “Pencemaran udara Pasir Gudang ragut nyawa pertama”.

Perkara itu turut dikongsi oleh bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi laman Facebook rasmi miliknya sebenar tadi.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya melahirkan rasa amat sedih apabila mendapat tahu berita kematian Marini.

“Apakah nyawa rakyat Pasir Gudang tidak berharga bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

“Kerajaan PH mesti segera mengambil tindakan lebih drastik untuk menyelesaikan isu pencemaran ini,” tegas beliau.

Beliau turut meminta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo bee Yin bertanggungjawab terhadap isu itu sehingga menyebabkan kematian. – MalaysiaGazette