TERKINI : KDN Lantik Dua Muka Baru Pasukan Petugas Khas – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melantik dua ahli baharu pasukan petugas khas bagi menyiasat kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.

Katanya, ia bagi menggantikan bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor yang menarik diri selasa lalu.

“Itu telah diumumkan dan beliau sendiri yang buat keputusan tentang reaksi pelbagai pihak dan telah dimaklumkan kepada pasukan petugas bahawa beliau tarik diri,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersalam warga PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.