TERKINI : Mesyuarat Majlis Presiden Akan Bincangkan “Cadangan Perdana Menteri Baharu” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap enam parti Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakata Harapan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelawaan Pengerusi PPBM itu akan diangkat dalam mesyuarat yang akan bersidang Isnin ini untuk dibuka kepada perbincangan mendalam bersama pemimpin-pemimpin tertinggi parti gabungan PH itu.

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden dan tentu ruang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan PM terbaharu.

“Isnin 8 haribulan mesyuarat ini mesyuarat biasa bulanan Majlis Presiden.

“Dan perkara ini tentu digunakan (Tun M) untuk beri penjelasan,” katanya secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas Majlis Pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) di Universiti Malaya malam tadi.