Jentera digunakan bagi membawa bas dua tingkat yang terjunam ke dalam longkang selepas terbabas di lebuh raya. foto Agensi

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas di sebuah lebuh raya di Uttar Pradesh.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi ini, berhampiran bandar Agra, 336 kilometer (208 batu) dari ibu negara, Lucknow.

Semasa kejadian bas itu membawa kira-kira 50 orang dan perjalanan dari Lucknow ke New Delhi.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di India, dengan satu nahas setiap empat minit.

Penduduk setempat bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan penumpang.

Laporan mendakwa pemandu bas terlelap ketika memandu, menyebabkan kenderaan dua tingkat itu  hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang. – MalaysiaGazette