Khairy Jamaluddin. foto AFFAN FAUZI, 08 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – “I am happy where I am” (Saya gembira dengan keadaan sekarang).

Itu jawpan ringkas Khairy Jamaluddin terhadap pelawaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengajak ahli UMNO itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Khairy yang ditemui di lobi Parlimen berkata, beliau gembira dengan kedudukannya dalam politik ketika ini.

Semalam dalam ciapan twitter, Syed Saddiq mempelawa bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyertai Bersatu bagi memperkukuh kedudukan partinya.

“Memandangkan UMNO-Pas menjadi lebih ke kanan, sudah tiba masanya untuk Bersatu meletakkan kedudukannya sebagai parti berhaluan tengah untuk orang Melayu.

“Saya mahu mengundang Khairy untuk menyertai Bersatu. Sertailah orang-orang seperti Dr. Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Mustapha Mohamed.

“Bersama-sama kami akan memacu Malaysia bergerak ke hadapan,” katanya Ahli Parlimen Muar itu. – MalaysiaGazette