KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Norman Abdul Halim atau Norman KRU menyertai parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai ahli seumur hidup.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

“Setelah Tun (Dr. Mahathir Mohamad) mempelawa orang Melayu supaya bersatu, Datuk Norman Abdul Halim telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Bersatu seumur hidup kepada saya hari ini,” katanya hari ini.

Abu Bakar turut memuat naik gambar Norman yang juga Presiden Eksekutif KRU Studios menyerah permohonan dalam satu majlis, tengah hari tadi.

Sabtu lalu, Ridzuan yang terkenal dengan watak King’ dalam filem KL Gangster turut menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Bersatu pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu Bahagian Shah Alam.

Kemasukan kedua-dua selebriti tanah air ke dalam Bersatu itu selepas pelawaan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu supaya semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.