Patrouille Suisse ketika membuat persembahan udara. foto Agensi

BERN – Pasukan pameran udara Switzerland telah melakukan kesilapan penerbangan hingga mengejutkan orang ramai yang sedang menyertai pesta nyanyian.

Sepatutnya pasukan Patrouille Suisse dikehendaki terbang ke Langenbruck untuk menyambut ulang tahun ke-100 pengasas industri penerbangan negara itu, Oskar Bider.

Bider adalah individu pertama melakukan penerbangan di atas Banjaran Apls pada kedua-dua arah pada tahun 1913 pada usianya ke-22 tahun.

Tetapi skuadron penerbangan itu tersilap terbang ke di bandar Mumliswil yang menjadi tuan rumah Festival Yodelling ke-31 di barat laut Swiss.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Switzerland telah meminta maaf atas kesilapan itu.

Bider dilahirkan di Langenbruck tetapi pemimpin skuadron telah menyaksikan khemah didirikan untuk pesta nyanyian di Mumliswil, kira-kira 6 kilometer (4 batu) dari arah barat bandar dan kemudian tersilap memberi arahan kepada pesawat-pesawat.

Jurucakap tentera Swiss memberitahu akhbar Jerman, Neue Zürcher Zeitung, pesawat F-5E Tiger II tidak dilengkapi dengan teknologi GPS. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.