TERKINI : Kerajaan Gugur Perkataan ‘MANDATORI’ Bagi Hukuman Kes Dadah

Kerajaan bersetuju menggugurkan perkataan mandatori bagi hukuman untuk kes penyalahgunaan dadah, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, bagi tujuan itu hakim boleh membuat pilihan sama ada mahu menjatuhkan hukuman mati atau penjara yang tidak boleh kurang dari 10 tahun.

“Masalah jenayah semakin merunsingkan di Malaysia, termasuk penyalahgunaan dadah. Untuk itu, kita mengambil pendirian tegas walaupun kita didesak supaya menggugurkan perkataan mandatori.