Joseph Dunford . foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat ia mahu mewujudkan pakatan tentera antarabangsa untuk menjaga perairan di sekitar Iran dan Yaman.

Jeneral Marin, Joseph Dunford yang juga Pengerusi Ketua Staf Bersama Amerika Syarikat berkata, beliau mahu “memastikan kebebasan navigasi” di rantau yang merupakan laluan perdagangan penting.

Amerika Syarikat telah menyalahkan Iran berhubung serangan ke atas kapal tangki minyak pada bulan Mei dan Jun.

Dunford berkata, Amerika Syarikat sedang bercakap dengan beberapa negara dengan “kehendak politik” untuk menyokong rancangannya itu.

Amerika Syarikat akan menyediakan kapal “perintah dan kawalan”, dalam menerajui usaha pengawasan itu, katanya.

Walau bagaimanapun, matlamatnya adalah untuk negara-negara lain menawarkan kapal bagi melakukan rondaan di kawasan berhampiran dan mengiringi kapal dagang yang membawa bendera melalui kawasan itu.

Dunford berkata, Amerika Syarikat akan “bekerja secara langsung dengan pasukan tentera untuk mengenal pasti keupayaan khusus” setiap negara perlu menyokong inisiatif itu.

Selat Hormuz dan Bab al-Mandab adalah lokasi marin strategik yang penting, menyediakan akses dari laut ke Teluk dan Laut Merah.

Menurutnya, saiz pemantauan itu bergantung kepada negara yang memutuskan untuk mengambil bahagian.

“Dengan penyumbang kecil, kita boleh melaksanakan misi kecil. Kita akan berkembang mengikut jumlah negara yang sanggup menyertai,” kata Dunford.

Setiap hari hampir empat juta tong minyak melintasi Bab-al Mandab ke serata dunia. – MalaysiaGazette