Mohamed Nazri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengkritik keputusan Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat parti itu.

Beliau yang yang pernah dilantik Najib sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu turut mempersoalkan kekalahan BN dalam dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu sewaktu Najib menerajui parti itu.

“BN kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang dia boleh sumbangkan kepada kita? itu sahaja,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Malah, Nazri turut mengingatkan tindakan itu bersifat regresif dan berkemungkinan untuk membuat provokasi kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketiga-tiga mereka (sedang) didakwa di mahkamah. Anda tahu, Zahid, Najib dan Tengku Adnan yang menandatangani surat (lantikan) itu.

“Mereka semua sedang didakwa di mahkamah mahkamah,” katanya lagi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan media semalam mengumumkan Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju mengangkat Najib kepada jawatan berkenaan. -MalaysiaGazette