TERKINI : BN Kalah Sebab Siapa??? Nazri Aziz Kritik Najib

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengkritik langkah Barisan Nasional (BN) yang kembali mengangkat bekas Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak.

“BN kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang dia boleh sumbangkan kepada kita? itu sahaja,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Malah, Nazri turut mengingatkan tindakan itu bersifat regresif dan berkemungkinan untuk membuat provokasi kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.