Saksi mendakwa ada alatan tertanggal dalam enjin pesawat Delta 1425 yang menyebabkan bunyi bising dan asap memasuki kabin ketika dalam penerbangan dari Atlanta ke Baltimore. foto Agensi

RALEIGH – Para penumpang di dalam penerbangan Delta Air Lines telah melalui detik-detik mencemaskan apabila pesawat yang dinaiki mengalami kerosakan enjin sehingga terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Video yang dirakamkan oleh oleh seorang penumpang menunjukkan ada besi bergetak di dalam salah satu enjin dengan percikan cahaya.

Saksi-Saksi mengatakan terdapat bunyi kuat dan kabin penuh dengan asap.

Semasa insiden berlaku, pesawat Delta 1425 sedang dalam penerbangan dari Atlanta ke Baltimore dengan 154 orang penumpang.

Bagaimanapun pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di North Carolina.

Delta dalam kenyataan mengakui adalah kegagalan dalam salah satu enjinnya.

“Krew penerbangan dari penerbangan Delta 1425 dari Atlanta ke Baltimore mahu mengalihkan diri ke Raleigh, NC, selepas banyak amaran kemungkinan ada masalah dengan salah satu enjin pesawat,” kata seorang jurucakap kepada media Amerika Syarikat.

Seorang lagi penumpang, Avery Porch terdengar bunyi kira-kira sejam semasa dalam penerbangan dan asap mula memasuki kabin, katanya kepada WMAR-TV.

“Ketika itulah kami benar-benar ketakutan, ia (pesawat) mula perlahan sedikit (dan) pendingin hawa terputus,” katanya. – MalaysiaGazette