Lee Sook Yee, Ketua Pegawai Pelaburan yang mewakili Kenanga Investors Bhd menerima anugerah “Dana Amanah Saham Terbaik Sepanjang 10 Tahun” untuk Kenanga Growth Fund daripada Dennis Tan, Pengarah Urusan iFast Capital Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR – Kenanga Growth Fund (KGF) diiktiraf dengan anugerah Dana Amanah Saham Terbaik Sepanjang 10 Tahun oleh FSMOne Recommended Unit Trusts Awards 2019/2020 baru-baru ini.

KGF merupakan salah satu tiga anugerah yang dirangkul Kenanga Investors Berhad (Kenanga Investors) dalam majlis anugerah itu.

Selain daripada kemenangan itu, KGF juga menjuarai kategori Ekuiti Utama – Malaysia buat tahun yang ke-10 secara berturut-turut, sementara Kenanga OnePRS Conservative Fund (KOCF) memenangi kategori Skim Persaraan Peribadi – Konservatif.

Legasi pengiktirafan KGF bermula pada tahun 2010 selepas dinobatkan di bawah kategori Ekuiti Utama – Malaysia.

Sejak itu, dana berkenaan berjaya memahat namanya di atas pelbagai anugerah yang diberikan di dalam dan luar negara.

KGF menjangkaui tanda arasnya sendiri dengan mencatat pulangan berjumlah 10.63% (3 tahun), 29.36% (5 tahun) dan 357.68% (sejak ia dilancarkan). Nilai aset pengurusannya kini berjumlah RM1.35 bilion.

Aset dana tersebut dilaburkan secara aktif ke dalam portfolio berdiversifikasi yang terdiri daripada ekuiti pasaran Malaysia serta
sekuriti berkaitan ekuiti milik syarikat dengan model perniagaan sihat yang dapat diperoleh pada harga diskaun berbanding nilai kekal.

Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad berkata, kejayaan tersebut disumbang oleh prestasi kukuh dana berkenaan dan ia ditunjangi oleh kepakaran KIB dalam pemilihan stok yang berlandaskan kajian komprehensif.

“Untuk menyusuri pasaran yang tidak menentu pada hari ini, kami perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti sasaran risiko/pulangan para klien, termasuk toleransi risiko dan jangka masa pelaburan mereka.

“Sehubungan itu, kami mengamalkan pendekatan berlainan yang sesuai dengan kelas-kelas aset tertentu dan kami menggunakan strategi yang bertepatan untuk pelbagai kondisi pasaran – strategi tersebut akan digunakan untuk menawarkan perlindungan ketika prestasi pasaran sedang
merudum dan memanfaatkan pasaran yang sedang menunjukkan prestasi baik dengan mencatat pulangan yang sewajarnya,” ujar De Alwis. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.