Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat, Datuk Zulfikri Osman (dua kanan) bergambar kenagan bersama pereka fesyen dan busana yang diperagakan pada Pertunjukan Fesyen ALIKE Spring Summer Collection 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Seramai 10 usahawan fesyen baharu dilahirkan menerusi Program Pembangunan Pemasaran Usahawan Fesyen MIF @ SOVO – MARA In Fashion (MIF) yang bermula enam bulan lalu.

Mereka hari ini mempamerkan rekaan masing-masing apabila bersatu di atas pentas ALIKE Spring-Summer Collection 2020 hasil kolaborasi bersama LivinLoka Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman berkata, ALIKE yang diambil dari singkatan Amali Latihan Keusahawanan merupakan satu latihan kemahiran di mana peserta akan berurusan secara terus di lapangan kerja bersama seorang figura atau muse bagi membina satu rekaan bespoke dan empat rekaan ready to wear.

“Dengan tema ALIKE Spring-Summer Collection 2020, 10 usahawan fesyen melahirkan sebuah koleksi tersendiri yang terdiri daripada lima rekaan bersandarkan kreativiti masing-masing.

“Mereka telah diberikan satu tempoh masa yang ditetapkan dengan menggunakan kemahiran seorang usahawan seperti pengiraan, komunikasi, pemikiran strategik dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kepada media selepas ALIKE Spring-Summer Collection 2020 di Istana Budaya di sini hari ini.

MGF07072019_Pertunjukan Fesyen ALIKE Spring Summer Collection 2020_08
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat, Datuk Zulfikri Osman bercakap kepada media pada Pertunjukan Fesyen ALIKE Spring Summer Collection 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JULAI 2019

Sepanjang enam bulan, peserta program itu mendapat nasihat dan bimbingan jurulatih iaitu bekas pengkritik fesyen tanah air, Ayie Ali atau lebih dikenali sebagai MrStailista dan wakil dari pihak LivinLoka.

Idea rekaan peserta juga dinilai sekali lagi bersama barisan panel yang terdiri daripada pemain industri tanah air seperti jurufoto fesyen terkenal, Bustamam Mokhtar; pereka fesyen duo berkaliber, Fizi Woo dan tidak ketinggalan ikon fesyen tempatan yang juga pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan.

Zulfikri menambah, program ALIKE juga bertujuan membina keperluan kemahiran komunikasi, peningkatan imej dan penjenamaan, peluang untuk berinteraksi bersama pemain industri dan pemegang taruh serta pengukuhan kapasiti dan keupayaan jati diri usahawan itu sendiri.

“Kami berharap koleksi daripada 10 usahawan fesyen muda itu akan menembusi pasaran maya dan fizikal di samping menempatkan jenama di platform media dan industri,” katanya.

Pementasan ALIKE Spring-Summer 2020 turut mengundang beberapa gedung fesyen beli-belah terkenal tempatan tanah air bagi menilai prestasi perniagaan fesyen peserta.
Melalui ALIKE Spring-Summer.

Sementara itu, sepuluh usahawan fesyen berkenaan terdiri daripada Mohd Hazeerwan Mohd. Hazzlee bersama Siti Mariam Musa bersama jenama fesyen mereka Wan & Mary dan Hazizul Bin Abdul Aziz (Hazizul Aziz).

Diikuti Siti Zayanah Mohammad Yazed bagi jenama Zayana Yazed Creations, Siti Fairus Zainuddin Shah (Fyrose Kuala Lumpur), Mohd Muhaimin Idrus (Emin Madrosa) dan Azura Shafawi (Ummiriaz International).

Tidak ketinggalan Nurul Syuhada Masrani (Syuhada Masrani), Helmi Hamdan (Helhams), Mohd Salleh Abd Hamid (Salleh Hamid) dan jenama fesyen Amaze’ yang dianggotai usahawan fesyen duo iaitu Khairul Amar Ahmad Shafie dan Mohd Yazid Mohd Jamil.

Mengenai MARA In Fashion (MIF), MARA telah memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan Fesyen – MARA In Fashion (MIF) pada 2016 dengan memberi fokus kepada pembangunan usahawan dalam empat rantaian ekosistem iaitu corak rekaan, pembuat corak, pengeluar fesyen dan peruncit fesyen di dalam kluster gaya hidup (lifestyle).

Sehingga tahun 2019, MARA telah membangunkan seramai 440 usahawan dalam industri fesyen.

Sebagai langkah menyokong usahawan pereka muda (fashion designer) dari segi keperluan infrastruktur, [email protected] telah diwujudkan di bawah program Pecutan Usahawan Baru atau Start Up Accelerator Programme (STAR) bertempat di Plaza Amber, Cheras, Bandar Tun Razak.

[email protected] yang menempatkan 10 orang usahawan baru dalam bidang rekaan fesyen menyediakan tempat fizikal serta kemudahan peralatan dan mesin yang berkonsepkan gunasama.

Peserta juga diberi latihan keusahawanan secara berterusan sepanjang berada di [email protected], sebagai persediaan dalam menjalankan perniagaan dan mampu berdikari di premis sendiri.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah Program Pembangunan Strategi Pemasaran khusus kepada peserta di [email protected] selama enam bulan yang berakhir pada Julai lalu.

Di dalam program ini, peserta telah didedahkan dengan strategi pemasaran komprehensif secara offline dan online disamping strategi membina reputasi di kalangan media dan industri. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.