TOKYO – Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat mencapai tahap tertinggi dalam sebulan pada hari Khamis berikutan ancaman taufan yang bakal melanda di Teluk Mexico dan insiden melibatkan kapal tangki Britain di Timur Tengah yang meningkatkan lagi ketegangan di sana.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) naik sebanyak AS$0.11kepada AS$ 60.54 setong pada 0055 GMT, selepas menyentuh paras tertinggi AS$60.63 sejak 23 Mei.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.05 sen kepada AS$$ 66.96 setong, selepas menutup dagangan Rabu dengan kenaikan 4.4 peratus.

Semalam, lima kapal dipercayai milik Pengawal Elit Revolusi Iran mendekati sebuah kapal tangki minyak British dan meminta ia berhenti di perairan Iran dekat tetapi menarik diri selepas kapal perang British memberi amaran kepada mereka melalui radio, kata seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat.

Ketegangan tinggi di Timur Tengah selepas serangan ke atas kapal-kapal tangki dan dakwaan Iran menembak dron milik Amerika Syarikat bulan lalu.

Pengeluar minyak Amerika Syarikat telah memotong hampir satu pertiga daripada pengeluaran minyak mentah Teluk Mexico kerana taufan Atlantik dijangka melanda kawasan pengeluaran minyak luar pesisir.

Louisiana sudah mula ditimpa hujan lebat.

Sebanyak 15 platform pengeluaran dan empat pelantar dipindahkan di utara Mexico Tengah, menurut pengawal Amerika Syarikat serta kakitangan juga telah dibawa keluar menjelang taufan pada hari Jumaat ini. – MalaysiaGazette