Paul Pogba

LONDON – Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer menegaskan sehingga kini tiada sebarang bidaan diterima ke atas bintang tengahnya, Paul Pogba.

Bagaimanapun, Solskjaer tidak terkesan dengan sebarang spekulasi yang sentiasa muncul pada perpindahan musim panas ini.

“Banyak sangat semua spekulasi ini akan timbul pada musim panas.

“Di United, kamu sudah jangka ia akan timbul lagi seperti biasa.

“Saya sudah bercakap dengan Pogba, Romelu Lukaku, Marcus Rashford dan Jesse Lingard dan sehingga kini tiada bidaan terhadap semua pemain ini,” katanya memetik laporan DailyStar.

Ketika ini, Real Madrid dilaporkan menjadi kelab pilihan untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu mengatasi Juventus.

Solksjaer menambah, pengurusan kelab bermula pengurus sehinggalah pemilik kelab tahu apa yang diinginkan Pogba ketika ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.