SEOUL – Harga minyak naik pada hari Jumaat selepas pengeluar minyak Amerika Syarikat di Teluk Mexico mengurangkan lebih daripada separuh pengeluaran bagi menghadapi ribut tropika, selain ketegangan berterusan di Timur Tengah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik kepada AS$ 66.89 setong. Penanda aras minyak global ini susut 0.7% semalam selepas mencecah paras sejak 30 Mei pada AS$ 67.52 setong.

West Texas Intermediate (WTI) pula naik AS$0.34 atau 0.6 peratus kepada AS$60.54 setong. Ia ditutup 0.38 peratus lebih rendah semalam selepas melonjak kepada AS$60.94, paras tertinggi seja 23 Mei.

Setakat semalam, syarikat-syarikat minyak di Teluk Mexico telah memotong pengeluaran lebih daripada 1 juta tong sehari atau 53 peratus daripada pengeluaran serantau disebabkan Ribut Tropika Barry.

Ribut itu diramalkan akan menjadi salah satu kategori taufan dengan tiupan angin 119 kilometer sejam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.