MEXICO CITY – Tujuh sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut selepas rumah mereka ditimbus tanah runtuh di tengah Mexico, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tempatan pada Khamis.

Hujan lebat pada Rabu malam menyebabkan sebahagian lereng bukit di Santo Tomas Chautla runtuh.

Santo Tomas Chautla terletak 15 kilometer dari Puebla.Menurut agensi perlindungan awam ibu kota itu, kejadian berlaku kira-kira 8 malam.

Dua kanak-kanak lelaki yang terselamat dikejarkan ke hospital.

Berikutan itu, pihak berkuasa telah memindahkan beberapa orang yang berada di dua buah rumah berhampiran lokasi kejadian, sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tujuan mereka dipindahkan bagi mengelakkan tragedi sama berlaku,” kata Setiausaha Agung kerajaan negeri Puebla, Fernando Manzanilla, melalui twitternya.- BERNAMA