Ruben Dias menjadi calon tunggal Arsenal di Emirates.

LONDON – Arsenal mengintai rapat pemain bek pertahanan Benfica, Ruben Dias untuk memperkuatkan jentera pertahanan dalam menghadapi kancah Liga Perdana Inggeris.

Dias difahamkan merupakan satu-satunya calon yang dianggap layak menggantikan Laurent Koscielny di Emirates.

Arsenal berdepan masalah apabila Koscielny enggan menyertai skuad Gunners dalam jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

Pemain berusia 33 tahun itu meluahkan hasrat meninggalkan kelab itu kepada pengurus Unai Emery.

Koscielny mendakwa dia menerima tawaran lumayan daripada beberapa kelab terkemuka Ligue 1, Perancis.

Arsenal disediakan dana sebanyak 45 juta pound sahaja untuk membeli pemain baharu dan ini menyebabkan Emery berdepan kesukaran untuk memperkuatkan bahagian pertahanan dengan dana yang kecil itu.

Bintang berusia 22 tahun itu mempunyai nilai klausa pelepasan berjumlah 57.6 juta pound bersama Benfica.

Bagaimanapun Arsenal yakin boleh berunding dan menurunkan nilainya bersama juara liga Premiera Portugal itu. – Agensi