WASHINGTON – Setiausaha Buruh Amerika Syarikat (AS), Alexander Acosta meletak jawatan selepas mendapat lampu ‘hijau’ daripada Presiden Donald Trump.

Agensi melaporkan, Trump sendiri mengakui Acosta menghubungi beliau memohon kebenaran untuk bertemunya kerana sudah muktmad dengan hasrat meletak jawatan.

Trump mendedahkan perkara tersebut kerana sebelum di bawah pentadbiran beliau, media khasnya di negara itu banyak mengkritik beliau kerana memecat ramai pegawai tadbir Rumah Putih dalam tempoh dua tahun.

“Saya mahu anda semua tahu satu perkara, bukan saya yang pecat, sebaliknya Acosta telah menghubungi saya untuk bertemu saya dan meletak jawatan.

“Ini adalah keputusan beliau dan bukannya saya,” katanya kepada media semalam.

Acosta kini sedang berdepan dengan dengan kes pendakwaan salah laku seks terhadap jutawan, Jeffrey Epstein.

Epstein merupakan jutawan terkenal AS  ditahan atas dakwaan pemerdagangan seks di kawasan New York disusuli dakwaan-dakwaan mencabul gadis muda.

Jutawan itu juga merupakan seorang yang mempunyai banyak kenalan termasuk Trump dan bekas Presiden, Bill Clinton.

Ketika dihubungi media, Acosta mengakui telah membuat keputusan meletak jawatan kerana enggan memberi ‘gangguan’ kepada kerja-kerja pentadbiran berikutan skandal ini.

“Saya melihat jauh ke hadapan dan apa yang sedang berlaku ketika ini tidak betul, pada perkiraan saya ini adalah satu keputusan terbaik apatah lagi tidak adil bagi pentadbiran Jabatan Buruh untuk diganggu kes Epstein ketika keadaan ekonomi negara cukup luar biasa kini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.