Lapangan Terbang Heathrow akan ditutup pada tarikh terpilih Julai dan Ogos ini berikutan mogok pekerja menuntut kenaikan gaji.

LONDON – Lapangan Terbang Heathrow diancam akan ‘ditutup’ pada musim panas ini selepas lebih 4,000 kakitangannya dijangka melancarkan mogok kenaikan gaji.

Kesatuan pekerja lapangan terbang itu berkata, para pekerja termasuk kakitangan perkhidmatan pelanggan, kejuruteraan dan keselamatan akan berpiket ekoran masalah pembayaran gaji oleh majikan.

Protes pekerja dijangkakan pada 26 dan 27 Julai, 5, 6, 23 dan 24 Ogos ini.

Tindakan mogok itu menyusul berikutan tuntutan gaji 18 bulan dengan bayaran minimum sebanyak 3.75 pound sehari.

Pegawai Penyelaras Serantau Kesatuan, Wayne King berkata, terdapat kemarahan pekerja terhadap gaji dalam kalangan kakitangan di lapangan terbang tersebut.

“Namun Heathrow mengatakan ia mempunyai rancangan kontingensi untuk mengurangkan gangguan dan keselamatan operasi.

Lapangan terbang itu menggesa kesatuan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian gaji pekerja secara damai. – MalaysiaGazette