KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini dilihat bergambar bersama-sama.

Ia jelas menimbulkan spekulasi ramai apabila Mukhriz dan Mohamed Azmin dilihat senada mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah itu bahawa tiada persetujuan muktamad untuk peralihan kuasa berlaku dalam tempoh dua tahun antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan spekulasi #kawanlama #ketepikanpolitik #ikatansilaturahim,” kata Mukhriz di Instagram beliau.

Sebelum ini,  Mohamed Azmin dilihat tersenyum apabila media bertanyakan soalan mengenai kenyataan Mukhriz yang dilaporkan Nikkei Asian Review, Mohamed Azmin hanya berkata ‘setuju’.

Dalam pada itu, Hishamuddin turut membalas komen itu dengan berkata ‘kawan tetap kawan’,’ katanya.

Hishammuddin sebelum ini dikatakan dengan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya pemimpin dan menteri Pakatan Harapan (PH) terus melakukan kritikan terbuka terhadap Mahathir.

Tegas Hishamuddin pada April lalu, gelaran yang tidak sepatutnya seperti diktator tidak akan membantu ekonomi negara pulih sebaliknya akan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Hishammuddin dan Nohamed Azmin pernah dilihat bersama bergambar dengan tangan mereka berjabat dan dicengkam erat ketika bercuti di Maghribi, Disember tahun lalu. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.