Najib semasa program di Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.-pix FB.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menafikan tugasnya baharunya dalam Barisan Nasional (BN) bukan batu loncatan untuk menjadi perdana menteri semula.

“Saya nak nyatakan bahawa jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat (BN) ini bukanlah loncatan untuk menjadi PM.

“Ia berperanan untuk mengukuhkan parti… bagaimana untuk mengukuhkan Barisan Nasional dan parti komponen.

“Inilah semangat yang harus kita ada daripada kita mengkritik antara satu sama lain. Sesiapa yang boleh bagi sumbangan dan nilai tambah, dipersilakan,” katanya dipetik dari Astro Awani hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendakwa Najib mahu menjadi PM semula selepas PRU-15.

Semasa ditemui semasa Program Santai Petang Bersama Bossku di Batu kawan, pulau Pinang, Najib berkata, sesiapa pun boleh memegang jawatan yang ditugaskan kepadanya termasuk Mohamed Nazri.

Bagaimanapun Najib berkata, seseorang dilantik itu mesti sanggup mengkritik kerajaan PH secara konsisten selain mendapat sokongan daripada MCA dan MIC.

“Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz atau sesiapa sahaja memang boleh main peranan sebagai Penasihat BN tapi adakah beliau sanggup kritik kerajaan PH secara konsisten?

“Kita juga sedia maklum beliau sebelum ini telah diminta oleh MCA dan MIC melepaskan jawatan dia sebagai Setiausaha Agung BN,” kata Najib.- MalaysiaGazette