ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing yang membeli ekuiti tempatan di Bursa Malaysia merosot kepada AS$84.9 juta minggu lalu berbanding RM230.2 juta minggu sebelumnya.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research berkata, pemulaan Isnin perlahan apabila dana-dana luar pesisir hanya membeli RM15.9 juta sahaja.

Sentimen pada hari Isnin sederhana disebabkan ketidaktentuan keputusan polisi Rizab Persekutuan disebabkan laporan pembayaran gaji Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa ekonomi kembali kepada landasan.

“Walaupun begitu, Malaysia mencatatkan trend yang tidak sama dengan rakan serantau lain iaitu Korea Selatan, Taiwan, Thailand, India, Filipina dan Indonesia yang menyaksikan aliran keluar,” kata firma penyelidikan itu.

Hari Selasa menyaksikan peningkatan jualan bersih asing yang mencecah RM104.6 juta, tertinggi dalam tempoh seminggu, bertepatan dengan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras tidak berubah.

Beliau berkata, tahap aliran masuk bersih asing meruncing lebih separuh pada hari Rabu dan Khamis, masing-masing kepada RM42.5 juta dan RM51.2 juta kerana dana antarabangsa berpindah ke luar, dengan menunggu petunjuk kadar faedah daripada arahan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Permintaan membeli empat hari itu meningkat pada Jumaat apabila dana asing menjual sebanyak RM129.3 juta, aktiviti jualan telah didorong oleh potensi pengurangan pendapatan CIMB Group Holdings Bhd berikutan cadangan terbitan bon boleh tukar oleh Khazanah Nasional Berhad.

“Pasaran bersih asing membawa aliran keluar bersih asing tahun ke tahun dari Malaysia kepada RM4.35 bilion,” katanya.

Sebaliknya, enam pasaran Asia yang lain, Korea, Thailand, Indonesia, India, Taiwan dan Filipina telah menyaksikan aliran masuk bersih asing dengan setakat ini India menjadi yang terbesar.

Beliau berkata, penyertaan yang kukuh hanya dilihat dalam kalangan pelabur asing, yang mencatatkan kenaikan 10.6 peratus dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) kepada RM985.9 juta, mendekati paras sihat RM1 bilion. – MalaysiaGazette