Kim Darroch . foto Agensi

LONDON – Suspek yang dipercayai membocorkan memo Duta Britain ke Amerika Syarikat hingga mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Washington telah dikenalpasti.

Ia susulan tindakan siasatan jenayah yang sedang dijalankan.

Sunday Times yang memetik sumber kerajaan sebagai berkata,  suspek telah dikenal pasti dan mencadangkan kebocoran itu berlaku apabila komputer digodam oleh negara asing.

“Mereka sudah tahu siapa yang bocorkan,” kata sumber kerajaan yang dinamakan sambil memberitahu kes itu akan dituduh di mahkamah.

Suspek adalah seseorang yang mempunyai akses kepada fail sejarah.

“Mereka masuk dan merampas pelbagai bahan,” ujarnya.

Kedua-dua Sunday Times dan Mail melaporkan bahawa pegawai-pegawai perisikan dari agensi pengintip GCHQ akan menyertai siasatan untuk mencari suspek dengan menjejaki rekod e-mel dan telefon.

Minggu lalu akhbar itu mendedahkan memo yang diberikan oleh Kim Darroch yang menyifatkan pentadbiran Trump tidak boleh dipercayai dan gagal berfungsi mencetuskan kemarahan Presiden Amerika Syarikat itu.

Akibatnya, Kim melepaskan jawatannya.

Memo itu didakwa ditulis kepada kerajaan British pada Mei 2018 bahawa Trump telah memutuskan untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran dengan kuasa besar atas “sebab-sebab personaliti” kerana telah dipersetujui oleh pendahulunya Barack Obama.

Darroch menyifatkan pentadbiran Trump itu “merupakan tindakan vandalisme diplomatik”, kata kertas itu.

Pegawai polis yang mengendalikan counter-terrorism pula memberi amaran kepada media untuk tidak menerbitkan memo yang bocor itu kerana ia boleh melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun, kenyataan polis itu dikritik oleh para editor dan ahli politik termasuk Menteri Luar Negeri Jeremy Hunt dan bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson,

Kedua-dua lelaki itu bakal bersaing untuk menggantikan Theresa May sebagai perdana menteri yang akan melepaskan jawatan itu lebih kurang satu minggu lagi.

“Tidak dapat difahami bahawa suratkhabar atau mana-mana organisasi media lain yang menerbitkan bahan tersebut harus menghadapi pendakwaan,” kata Johnson. – MalaysiaGazette