Hassan Rouhani. foto Agensi

DUBAI – Iran bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat jika Washington menarik balik sekatan dan kembali kepada perjanjian nuklear 2015, kata Presiden Iran Hassan Rouhani.

Sebelum ini pentadbiran Presiden Donald Trump mengatakan ia terbuka kepada rundingan dengan Iran atas persetujuan lebih luas mengenai isu nuklear dan keselamatan.

“Kami sentiasa percaya kepada perbincangan…jika mereka menarik balik sekatan dan mengakhiri tekanan ekonomi yang dilaksanakan dan kembali kepada perjanjian, kami bersedia untuk berunding dengan Amerika Syarikat hari ini, sekarang dan di mana-mana,” tambah Rouhani.

Konfrontasi antara Washington dan Tehran meningkat hingga kepada kemuncak pelan serangan udara Amerika Syarikat ke atas Iran pada bulan lepas tetapi Trump menarik balik pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun, semua negara Eropah yang terlibat dalam perjanjian 2015, Perancis, Britain dan Jerman berkata, mereka sibuk dengan peningkatan ketegangan di rantau Teluk dan risiko perjanjian nuklear mungkin gagal.

“Kami percaya bahawa masanya telah tiba untuk bertindak secara bertanggungjawab dan mencari cara untuk menghentikan peningkatan ketegangan dan meneruskan dialog,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Perancis.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat memaklumkan sekatan ke atas Iran akan dinaikkan dengan ketara tidak lama lagi, walapun memanggil Iran untuk berbincang.

Sebagai tindak balas kepada sekatan Amerika Syarikat yang mensasarkan aliran pendapatan asing utama Iran dalam bentuk eksport minyak mentah, Teheran mengumumkan pada bulan Mei bahawa ia akan melihat semula skala perjanjian itu.

Walaupun diberi amaran oleh pihak Eropah supaya perjanjian tersebut dipatuhi, Tehran telah meningkatkan pengayaan uranium melepasi 3.67 peratus berbanding yang dibenarkan oleh perjanjian berkenaan.

Perjanjian nuklear bertujuan untuk melanjutkan masa yang secara teorinya akan mengambil Iran untuk menghasilkan bahan yang cukup untuk bom atom – yang dipanggil masa pelarian – dari beberapa bulan hingga minimum satu tahun hingga 2025.

Namin, Iran menafikan pernah mempertimbangkan untuk membangunkan senjata atom. – MalaysiaGazette