SINGAPURA – Harga minyak turun dalam dagangan hari ini, diheret oleh jangkaan bahawa China, pengimport minyak mentah terbesar di dunia, akan mengumumkan pertumbuhan ekonomi paling perlahan dalam tempoh 27 tahun, kesan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak Brent LCOc1 untuk September turun kepada AS$ 66.66 setong pada 0022 GMT dan minyak mentah Amerika Syarikat untuk bulan Ogos turun sebanyak AS$0.05 kepada AS$ 60.16 setong selepas kedua-dua kontrak mencatatkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh tiga minggu.

Para penganalisis menjangkakan China merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 6.2 peratus pada suku April-Jun dari tahun sebelumnya, kadar paling perlahan sejak suku pertama tahun 1992. – MalaysiaGazette