TERKINI : Tun M Sahkan Kerajaan Ambil Semula Aset CPP

Pengambilan aset bernilai RM1 bilion daripada syarikat China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP) adalah benar dan ia dilakukan mengikut prosedur yang sah.

Mengesahkan perkara itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, itu adalah susulan kegagalan CPP menyiapkan projek dijanjikan mengikut jadual.