Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Setelah berdiam diri dalam masa yang agak lama mengenai video intim yang dikaitkan dengan dirinya, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula membuka mulut.

Beliau hari ini membidas dakwaan Ketua Penerangan partinya sendiri – PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang menggesa agar pemimpin dan penjawat awam yang terpalit dengan video intim itu bercuti.

“Jangan jadi munafik,” katanya ringkas dengan ketawa kecil selepas sesi Dewan Rakyat hari ini.

Dalam satu kenyataan, Shamsul Iskandar hari ini menggesa agar pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku membantu pihak berkuasa dengan ‘bercuti sementara’ sehingga siasatan selesai.

Langkah itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil.

Timbalan Menteri Industri Utama itu bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pemimpin yang digesa bercuti itu. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/16/menteri-yang-didakwa-terlibat-video-lucah-kena-bercuti-pkr/