Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dilaksanakan pada 23 Julai ini mulai jam 9 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, disebabkan itu, kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya.

Oleh itu beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala
Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi
geografi dan altitud premis pelanggan.

Sehubungan itu, pengguna diminta merujuk senarai dan tempoh gangguan yang dinyatakan. (https://www.syabas.com.my/uploads/Advertorial_SSP1_BM.pdf)

Tambahnya, sebanyak 15 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan pada jam 8 pagi, Khamis 25 Julai 2019.

Pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan ini adalah sejajar dengan matlamat kami bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. – MalaysiaGazette