Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendakwa menerima isyarat berlaku gelombang orang Melayu yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, perkembangan itu bagi menyokong penyatuan ummah UMNO-Pas.

“Kita alu-alukan perkembangan terbaru ini. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT,” katanya.

Beliau turut memaklumkan berlaku lonjakan dalam permohonan menjadi ahli UMNO pada masa ini.

Katanya, parti itu menerima tidak kurang daripada 15,000 ahli baharu setiap bulan dan dijangka lebih daripada 100,000 bakal menyertai UMNO tahun ini.

Selaras dengan perkembangan itu, Annuar menyeru semua 191 Bahagian dan 22,000 Cawangan UMNO memperkemas jentera pentadbiran parti peringkat masing masing. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.