Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya , Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir pada di lobi Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terkejut dengan penahanan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan berkaitan kes video intim yang mengaitkan nama seorang menteri kanan baru-baru ini.

Katanya beliau hanya tahu mengenai penahanan itu apabila dimaklumkan oleh media.

“(Saya) tidak dimaklumkan selain apa yang terdapat daripada media. Kalau dalam proses siasatan saya serah kepada polis.

“Sepertimana kita tahu pendirian parti untuk serah kepada polis dan mahu supaya keadilan diberikan kepada pelakunya dan perencananya.

“Saya terkejut dan tidak tahu mengapa,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Farhash yang juga Pengerusi PKR Perak ditahan ditahan bersama dua rakannya ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah teres di Pasir Gudang, Johor.

Sejurus ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor.

Kesemua mereka dijangka dibawa ke Bukit Aman selepas laporan tangkapan dibuat.

Penahanan itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/16/pengerusi-perhubungan-pkr-perak-ditahan-isu-video-seks/