Min Aung Hlaing. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengumumkan sekatan ke atas Panglima Tentera Myanmar Myanmar, Min Aung Hlaing dan para pemimpin tentera lain yang didakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan penduduk Muslim Rohingya dengan mengharamkan mereka daripada memasuki Amerika Syarikat.

Tindakan sama juga dikenakan kepada Timbalan Menteri, Min Aung Hlaing, Soe Win dan dua komander kanan dan keluarga mereka.

Ia merupakan tindakan paling tegas yang diambil oleh Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap pembunuhan minoriti Rohingya di Myanmar atau dikenali sebagai Burma.

Dua individu lain yang turut mengalami sekatan itu ialah Brigidier Jeneral Than Oo dan Aung Aung.

“Kami masih khuatir Kerajaan Burma tidak mengambil tindakan untuk bertanggungjawab terhadap keganasan dan penganiayaan hak asasi manusia dan terdapat laporan berterusan mengenai tentera Burma melakukan penganiayaan ini di seluruh negara, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo dalam satu kenyataan.

Pompeo berkata, pendedahan baru-baru ini bahawa Min Aung Hlaing memerintahkan pelepasan tentera yang disabitkan dengan pembunuhan beramai-ramai di kampung Inn Din semasa pembersihan etnik Rohingya pada tahun 2017 adalah “satu contoh yang ketara mengenai kekurangan akauntabiliti yang berterusan dan sangat teruk bagi tentera dan kepimpinan kanannya.

Pembunuhan di Inn Din itu telah didedahkan oleh dua wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo.

Kedua-dua wartawan ini kemudian dipenjara lebih 16 bulan atas kesalahan mendedahkan rahsia negara.

Mereka dibebaskan pada 6 Mei lalu.

Pengumuman itu dibuat pada hari pertama persidangan menteri antarabangsa berhubung kebebasan agama yang dianjurkan  Pompeo di Jabatan Negara yang turut dihadiri oleh wakil-wakil Rohingya.

“Dengan pengumuman ini, Amerika Syarikat adalah kerajaan pertama yang mengambil tindakan secara terbuka ke atas kepemimpinan tertinggi tentera Burma,” kata Pompeo, yang menyokong kebebasan beragama. – MalaysiaGazette