Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, meneruskan penyusutan tanpa tanda-tanda pemulihan pada FBM KLCI.

Kecenderungan menurun mungkin akan berterusan dalam jangka terdekat.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.21 mata kepada 1,666.73 selepas turun 3.43 mata kepada 1,668.94 pada penutup semalam.

Ia dibuka 1.44 mata lebih rendah pada 1,667.50 hari ini.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 150 berbanding 79 dengan 178 kaunter tidak berubah, manakala 1,449 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Sejumlah 326.56 juta saham bertukar tangan bernilai RM94.63 juta. -MalaysiaGazette