Matthijs de Ligt

LONDON – Bintang muda, Matthijs De Ligt akhirnya tiba di Turin, Itali untuk melengkapkan perpindahan dengan Juventus.

Juara Serie A itu dikatakan mencapai persetujuan dengan Ajax Amsterdam untuk membayar pertahananan itu dengan harga £67.5 menyamai harga yang diletakkan oleh penyandang liga Belanda itu.

Beberapa hari lalu, Juventus dikatakan mencuba nasib meminta harga lebih rendah untuk pemain berusia 19 tahun itu namun ianya ditolak oleh Ajax.

Sementara itu, dalam video ringkas yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi kelab, De Ligt gembira untuk berada di Turin.

De Ligt dikaitkan dengan banyak sekali kelab dalam jendela perpindahan kali ini.

Antaranya Manchester United, Barcelona, PSG dan juga Juventus.

Namun Juventus kemudian menjadi kelab yang mendahului persaingan dan kini mereka tinggal selangkah sahaja lagi untuk memiliki De Ligt.- MalaysiaGazette