Pelabuhan Singapura

SINGAPURA – Eksport Singapura menjunam pada bulan Jun di tengah-tengah peperangan perdagangan yang semakin buruk, dijangka membawa lebih banyak berita buruk buat ekonominya.

Eksport domestik bukan minyak menguncup 17.3 peratus berbanding setahun yang lalu selepas jatuh kepada 16.3% pada bulan Mei, menurut Enterprise Singapore berkata dalam satu kenyataan.

Ia merupakan penurunan tahun ke tahun terbesar sejak penghantaran susut 33.2 peratus pada bulan Februari 2013.

Itu lebih buruk daripada anggaran median penurunan 9.6 peratus dalam kaji selidik Bloomberg.

Ekonomi mengalami penurunan mendadak pada suku kedua, mendorong penganalisis untuk menurunkan ramalan pertumbuhan pada tahun ini dan meramalkan kemungkinan berlaku kemelesetan.

Tambahnya, eksport melemah sejak tahun lepas disebabkan kemerosotan ledakan teknologi tetapi prospek memburukkan lagi tahun 2019 yang dipacu oleh perang perdagangan Amerika Syarikat-China, yang memberi kesan kepada ekonomi China.

Eksport elektronik susut 31.9 peratus pada bukan Jun berbanding setahun lalu selepas jatuh 31.6 peratus pada bulan Mei.

Penurunan terbesar dalam keseluruhan penghantaran adalah ke Hong Kong (-38.2 peratus), Jepun (23.2 peratus) dan Korea Selatan (22.7 peratus). – MalaysiaGazette