DUBAI – Kapal tentera laut Iran telah memberi bantuan kepada kapal tangki minyak asing di Teluk yang memerlukan pembaikan.

“(Jurucakap) Abbas Mousavi berkata … bahawa sebuah kapal tangki minyak antarabangsa sedang dalam kesulitan kerana masalah teknikal di Teluk Parsi … Setelah menerima permintaan bantuan, pasukan Iran mendekatinya dan menggunakan sebuah kapal tunda untuk menariknya ke arah perairan Iran air,” menurut agensi berita ISNA yang memetik Kementerian Luar.

Mousavi tidak menamakan kapal tangki itu tetapi memaklumkan maklumat akan dimaklumkan kemudian.

Wartawan CNN dalam Tweetnnya berkata, perisikan Amerika Syarikat percaya kapal tangki UAE MT Riah telah dipaksa ke perairan Iran oleh Angkatan Laut Pengawal Revolusi Iran.

Tetapi wartawan itu memetik sumber-sumber Teluk yang berkata, kapal itu mengalami masalah dan mungkin ditarik oleh kapal Iran.

Iran telah meminta Britain untuk segera melepaskan sebuah kapal tangki minyak Iran yang dirampas oleh British Royal Marines pada awal bulan Julai kerana disyaki tidak mematuhi sekatan Eropah dengan menghantar minyak ke Syria.

Semalam, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, Iran akan memberi maklum balas terhadap “cetak rompak” Britain atas penyitaan tangki Iran di Gibraltar.

Data refinitiv menunjukkan bahawa isyarat terakhir yang diterima dari MT Riah adalah pada 14 Julai dan ia berada di Selat Hormuz di luar pulau Qeshm di Iran.

Menurut data, pengurus kapal adalah Perdana Tanker yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu. – MalaysiaGazette