Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof kerana mempertahankan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pihaknya kesal dengan sikap Mohamad Ariff yang cuba mengelak daripada membenarkannya mengusulkan agar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan (DAP) dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan dibahaskan.

“Speaker nampaknya cuba pertahankan Ahli Parlimen Bagan dan tindakan itu seolah-olah pertahankan tuduhan yang menyatakan duit GST dirompak sedangkan laporan PAC jelas bahawa ia tidak hilang.

“(Wang itu) masih ada di akaun disatukan. Maknanya tak kehilangan seperti yang dituduh Bagan (Guan Eng).

“Jadi oleh ketegangan tadi kita pun cuba berikan jalan kompromi iaitu tak perlu rujuk dengan syarat Bagan minta maaf dan tarik balik tuduhan tapi perkara ini tak berlaku.

“Speaker tak arahkan malah tetap keputusan tolak usul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bera (BN) dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Ayer Itam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan beberapa ahli Parlimen Pas antaranya, Ahli Parlimen Pendang, Awang Salahudin Hashim.

Ujar Ismail Sabri lagi, Mohamad Ariff mengamalkan sifat pilih kasih apabila beberapa teguran daripada pihak pembangkang terus diambil tindakan.

Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diarah keluar dan digantung selama empat hari kerana mempersoalkan ketiadaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika ingin bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, pada sesi soal jawab.

Malah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, juga pernah diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan menarik balik kenyataan “pondan” ditujukan kepada Guan Eng.

Justeru, Ismail berkata, tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah serius dan perlu diketengahkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Tuduhan perompak ini tuduhan jenayah yang serius sebab itu Ahli Parlimen Rembau buat laporan polis. Ini kerana dakwaan ini berat terhadap BN,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.