Restorsan jejantas sungai buloh ditutup mulai 10 malam ini hingga 5 pagi esok untuk kerja pembersihan.

KUALA LUMPUR – Restoran jejantas Sungai Buloh arah utara di Lebuhraya Utara Selatan ditutup selama dua hari iaitu pada 17 Julai dan 24 Julai ini.

Plus Malaysia Berhad (Plus) berkata, penutupan sementara itu bermula pada jam 10 malam ini hingga 5 pagi esok.

“Penutupan sementara Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara (17 Julai 2019) dan Selatan (24 Julai) pada jam 10 malam ini hingga 5 pagi keesokan harinya untuk kerja pembersihan,” katanya dalam akaun Twitter syarikat konsesi tol itu.

Tambah Plus, semua gerai dan kemudahan tidak akan beroperasi untuk sementara waktu.

“Namun hanya stesen minyak dibuka untuk kegunaan pengguna lebuhraya Plus dan segala kerjasama semua sangat dihargai,” katanya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.