Saksi, Cheah Tek Kuang hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi ke-50, bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank, Cheah Tek Kuang memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah bertemu dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low.

Tek Kuang mendedahkan, beliau bertemu dengan Jho Low di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta yang ketika itu sedang menantinya untuk membuka akaun simpanan dan akaun semasa Ambank.

Tek Kuang yang juga merupakan bekas Anggota Panel Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) tanpa ragu-ragu membuat pengecaman Jho Low menerusi dua keping gambar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Polis Malaysia sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Low Taek Jho atau Jho Low

Menceritakan bagaimana pertemuan ipada pertengahan tahun 2011, Tek Kuang berkata, beliau ditegur oleh Jho Low sebelum membawanya kepada Najib yang sedia menanti di ruang tamu.

Jho Low kemudian bergegas ke ruang lain dalam rumah tersebut dan membiarkan Najib serta Tek Kuang berbicara tentang pembukaan akuan peribadi Ambank itu.

“Pertemuan saya dengan Jho Low sebenarnya di rumah Najib, beliau yang menjemput saya kemudian membawa saya berjumpa dengan Najib sebelum pergi ke ruang lain dan membiarkan kami bersendirian sekitar jam 7 malam.

“Saya kemudian memberikan taklimat tentang pembukaan akuan ini apatah lagi beliau merupakan orang penting politik.

“Najib kemudian menandatangani borang itu selain saya menyerahkan kad kredit bank kepadanya. Pertemuan ini memakan masa kira-kira 20 minit sebelum saya di hantar pulang,” ujarnya.

Tek Kuang mendedahkan bank itu terlibat dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2009 apabila menjadi pelanggannya.

Sebelum bertemu dengan Najb,  Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu pada awal Januari 2011 telah memaklumkan kepadanya Najib berminat untuk membuka akaun simpanan dan semasa dengan AmBank. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.