Antara kerosakan yang dilakukan kumpulan perusuh kuil Sri Maha Mariamman Seafields pada kenderaan bomba.

SHAH ALAM – Tidak mustahil untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terhentak ke daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) semasa kenderaan itu sedang mengundur.

Pakar fizik, Dr. Amir Radzi Ab. Ghani bebas inkues hari ke-41 berkata, tindakan itu tersebut logik mengambilkira kelajuan van dalam anggaran 10km/jam sahaja.

“Sebenarnya kelajuan 10/perjam kelajuan orang boleh ikut. Maknanya dalam keadaan bergerak boleh buat sesuatu,” katanya kepada Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut soalan daripada Pegawai Pengendali Inkues, Ashyraf Ashy’ari bin Kamaruzzaman.

Amir Radzi turut diminta untuk memberi pandangannya terhadap kemungkinan untuk Adib diserang penyerang yang bergerak dengan kelajuan yang sama dengan van bomba itu.

Meskipun  beliau diminta beberapa kali namun Amir berkata beliau tidak boleh memberi pendapat hanya berdasarkan gambarannya sahaja.

“Tapi kalau nak minta saya bayangkan saya tidak boleh. Di luar bidang saya. Kalau nak bayangkan boleh bayangkan macam-macam.

“Kalau Adib berdiri tanpa bergerak pergerakan van pun memang menghasilkan daya, orang (penyerang) tahan badan dia, maknanya Adib statik van itu yang langgar dia,” katanya lagi.

Untuk rekod sebelum ini pakar yang dirujuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Prof. Shahrom Abd. Wahid berkata, Adib berkemungkinan diserang dan terhentak ke daun pintu dalam masa EMRS sedang mengundur.-MalaysiaGazette