Foto Instagram Fasha Sandha.
Foto Instagram Fasha Sandha.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fasha Sandha masih belum bersedia memakai hijab dan masih dalam proses berhijrah meskipun mendapat ramai respon positif suka melihatnya bertudung.

Namun pelakon itu bersyukur kerana ramai peminat setianya tidak lekang terus mendoakan kebaikan dirinya sekeluarga.

“Terima kasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik. Alhamdulillah, mereka tidak pernah jemu mahukan yang terbaik buat saya dan anak-anak.

“Memang benar, ramai yang suka saya bertudung dan mengharapkan saya terus memakainya.

“Saya faham dengan apa yang mereka mahukan tapi saya sendiri masih belajar bertudung buat masa sekarang.

“Doakanlah yang baik-baik dan segalanya dipermudahkan,” katnya.

Tambah Fasha, 35, suaminya, Aidil Aziz tidak memaksanya untuk berhijab secepat sebaliknya memberi kebebasan dan ruang untuknya belajar tentang penghijrahan terlebih dahulu.

“Suami tidak pernah suruh atau minta pakai tudung. Dia tidak pernah kisah sebab diia tahu mana yang terbaik untuk saya.

“Dia bagi ruang untuk saya belajar perlahan-lahan dan tidak mendesak,”tambahnya. – MalaysiaGazette