Band BTS. Foto South China Morning Post

SEOUL – Kumpulan sensasi K-pop, BTS tersenarai sebagai 25 orang paling berpengaruh di Internet untuk tahun ketiga berturut-turut, lapor agensi berita Yonhap.

Turut tersenarai dalam majalah Time keluaran terbaru itu ialah Presiden Donald Trump, artis Amerika Ariana Grande dan Cardi B serta keluarga diraja Britain, Putera Harry dan isteri Meghan Markle.

BTS satu-satunya artis Korea yang dimasukkan dalam senarai itu sejak 2017, menurut agensi pengurusan kumpulan itu Big Hit Entertainment.

Kumpulan itu dianggotai RM, J-Hope, Suga, Jung Kook, Jimin, Jin and V.Tahun ini adalah tahun kelima majalah itu mengumpulkan senarai 25 orang paling berpengaruh di Internet, yang dinilai berdasarkan kesan yang dicetuskan oleh media sosial di arena antarabangsa dan keupayaan secara keseluruhan untuk memacu berita.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.