KUALA LUMPUR- Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, mencerminkan prestasi indeks global dan sikap berhati-hati berhubung rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.71 mata kepada 1,656.82 selepas turun 11.41 mata kepada 1,657.53 pada penutup semalam.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 91 berbanding 80 dengan 163 kaunter tidak berubah, manakala 1,557 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Sejumlah 91.98 juta saham bertukar tangan bernilai RM29.80 juta. – BERNAMA