Matthijs de Ligt. Foto BBC

LONDON – Pemain pertahanan tengah Ajax Amsterdam, Matthijs de Ligt kini sah menjadi pemain Juventus.

Perkara tersebut diumumkan oleh gergasi Serie A itu melalui rangkaian media sosial milik kelab itu, sebentar tadi.

Bintang muda berusia 19 tahun itu telah menjalani ujian pemeriksaan semalam.

Juventus dilaporkan membayar sekitar €75 juta kepada Ajax untuk mendapatkan pemain yang juga merupakan kapten kepada kelab Belanda itu.

Laporan media antarabangsa berkata, De Ligt telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Turin tersebut dan akan menerima bayaran sekitar €12 juta semusim.

Daripada jumlah tersebut, €8 juta adalah pendapatan tetap, manakala baki €4 juta lagi adalah bayaran dalam bentuk bonus. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.