Jamal Md yunos
Datuk Seri Jamal Md Yunos. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Susulan pengesahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador tentang ketulenan video seks di luar tabii melibatkan mirip seorang menteri, hari ini seorang lagi mengesahkan perkara sama.

Kali ini Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil mengesahkan pelaku dalam video semburit itu selepas beliau sendiri telah menontonnya lebih 40 kali.

“Memang itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, saya berani (sahkan) 100 peratus pelakon dalam video itu adalah Azmin Ali bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz.

“Kalau tak betul video tersebut bukan Azmin Ali, saya minta Azmin Ali saman saya, minta Azmin Ali saman saya, pergi ke mahkamah.

“Saya akan tolong buktikan bagi pihak polis sebab polis lambat, untuk membuktikan Azmin Ali adalah pelakon di dalam video tersebut.

“Saya tak suka cakap fitnah, saya bukan macam mereka, memang 100 peratus Azmin Ali, hero Haziq sudah mengaku tapi permaisuri belum mengaku lagi,” dakwanya yang bersiaran langsung dalam Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan video seks tular itu tulen.

Menurut Ketua Polis Negara itu, pengesahan SKMM kepadanya bagaimanapun tidak mengesahkan pelaku dalam video berkenaan.

Abdul Hamid berkata demikian demikian ketika menghadiri program Bicara Politikonomi yang disiarkan RTM melalui TV1 malam tadi.

Jamal berharap isu video semburit itu ditamatkan dengan segera termasuk mendesak pelaku mirip menteri Kabinet itu bercuti atau meletakkan jawatan dalam kerajaan.

“Azmin Ali berundurlah atau berehatlah daripada menjadi menteri Kabinet, ini sangat memalukan, bukan dalam negara saja tapi melibatkan negara di luar,” katanya. – MalaysiaGazette