Khairuddin Abu Hassan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Khairuddin Abu Hassan jangan terkinja-kinja mencari perhatian dalam isu video seks kontroversi.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Roslan Ismail berkata, Khairuddin tidak sepatutnya menangguk di air keruh.

“Biarlah dalaman PKR yang menyelesaikannya. Tindakan, kenyataan-kenyataan Khairuddin kebelakangan ini dilihat seperti ‘batu api’ yang mahu melaga-lagakan kepimpinan utama PKR.

“Untuk itu, Khairuddin dinasihatkan supaya lebih baik memberi tumpuan terhadap perebutan kuasa yang berlaku dalam partinya sendiri, lebih-lebih lagi pada musim pemilihan muktahir ini.

“Seusia dengannya, cara berpolitik Khairuddin sendiri sepatutnya sudah memasuki fasa matang – memberi tumpuan, teguran dan kritikan terhadap dasar-dasar kerajaan, agar memberi nilai tambah bukannya sibuk dan menunjuk minat yang mendalam terhadap video-video lucah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

WhatsApp Image 2019-07-18 at 12.26.53 PM
Roslan Ismail

Menurut Roslan, jika Khairuddin mahu dilihat sebagai juara dalam mana-mana konflik beliau sepatunya melupakanlah niat tersebut kerana beliau sendiri pernah ‘lari’ daripada PPBM kerana konflik dalaman parti.

“Berhentilah melagakan orang lain, sebaliknya semaikan keharmonian dalam Pakatan Harapan serta fokus kepada maslahat serta kebajikan rakyat aAtau, adakah Khairuddin ini ‘budak suruhan’ oleh mana-mana pihak supaya memecahbelahkan PKR, supaya tidak lagi menjadi parti dominan dalam Pakatan Harapan?  soalnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/16/siasat-juga-video-seks-anwar-kata-khairuddin/