LONDON – Atletico Madrid terus memperkuatkan skuad apabila mengikat bek kanan England, Kieran Trippier dari Tottenham Hotspur.

Namun kelab La Liga itu semalam tidak mendedahkan yuran perpindahan Trippier yang berusia 28 tahun.

Media di Britain bagaimanapun melaporkan harga yang dibayar Atletico 20 juta pound (RM104 juta).

Trippier menjadi watak utama ketika membantu England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia dan menyumbat satu gol hasil sepakan percuma ketika tumbang 1-2 di tangan Croatia di separuh akhir.

Dia turut membantu Spurs mengharungi final pertama di Liga Juara-Juara musim lalu sebelum ditundukkan 2-0 oleh Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano yang juga gelanggang bagi Atletico Madrid. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.