DUBAI – Pengawal Revolusi Iran merampas sebuah kapal asing yang menyeludup minyak di teluk, menurut rangkaian televisyen negara berkenaan yang memetik kenyataan angkatan elit Iran itu.

“Sebuah kapal asing menyeludup sejuta liter minyak di Pulau Larak, Teluk Parsi telah dirampas,” kata rangkaian televisyen itu sambil menambah kapal tersebut ditahan pada Ahad lalu, lapor Reuters.

Terdahulu, stesen televisyen milik Iran itu bekata, kapal yang dirampas itu merupakan kapal sama yang ditunda selepas ia menghantar panggilan kecemasan pada Ahad lalu, namun tiada pengesahan dalam kenyataan yang dikeluarkan Pengawal Revolusi itu.

Pengawal Revolusi yang tidak menamakan identiti kapal itu berkata, tiada kapal lain yang mereka rampas di Teluk Parsi.

Kapal tentera laut Iran membantu merampas kapal tangki minyak yang perlu dibaiki itu, kata jurucakap kementerian luar Iran yang dipetik agensi berita ISNA. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.